Kerjaya undang-undang Tun Laila Tun Rafaee

Tun Laila berjaya menghabiskan tempoh amali sebagai seorang peguam (Inggeris: Chambering) selama sembilan bulan. Beliau merupakan salah seorang barisan peguam di pasukan pembelaan Siti Bainun Ahd Razali lwn. Bella. Pada Februari 2024, beliau memberikan pendapat tentang kes Perundangan Islam di Kelantan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di aplikasi TikTok sehingga menarik perhatian orang ramai dan menerima banyak kritikan, khususnya daripada penyokong Perikatan Nasional. Walau bagaimanapun, beliau mendapat pujian daripada penyokong Kerajaan Perpaduan, kerana berani menjelaskan isu itu menurut kefahaman beliau sebagai seorang peguam.